Tuesday, 17 September 2024

MAJLIS PERPISAHAN DAN PERTUKARAN PENOLONG PENDAFTAR, PUAN PUSPAWATI BINTI SANGUT

Min rasa berita pertukaran kali ini sangat-sangat mengejutkan semua orang terutamanya kepada Pn Puspa sendiri. Yang mana pada saat TO tersebut keluar, kami berada di KK untuk menghadiri Kursus Pengurusan Bailif pada 6/9/2024.

Dan TO tersebut berkuatkuasa serta merta pada 9/9/2024 iaitu pertukaran antara Mahkamah Tawau dan Sandakan. Suasana yang suram sangat terasa walaupun kami menghadiri kursus dan berjalan cuci mata selepas berkursus. Apapun, kenangan yang indah bersama Puan tidak akan kami semua lupakan, terima kasih puan kami. 💓

Disebabkan Short Notice yang tiba-tiba dan juga kekangan masa dan jadual yang padat, satu majlis Perpisahan sempena pertukaran Puan Puspa diadakan pada 8/9/2024 bersamaan hari Ahad.



Antara Pegawai dan Kakitangan yang dapat hadir memeriahkan majlis bersama Puan Puspa...




Ucapan perpisahan daripada Puan Puspawati...




Penyampaian cenderakenangan daripada Jabatan dan semua kakitangan Mahkamah Tawau...
yang disampaikan oleh Tuan Ahmad Faizadh bin Yahya, Ketua Pusat Kos Mahkamah Tawau.





Antara kakitangan yang paling lama dan rapat dengan Puan Puspa...




Gambar Kenangan bersama...





HARI TERAKHIR PUAN PUSPAWATI DI MAHKAMAH TAWAU...

Hadiah daripada bahagian admin..



Berkurang lagi seorang bunga-bunga Mahkamah Tawau... 😢







Selamat Jalan Puan Puspawati
Selamat Bertugas di tempat yang baru...
kalau balik ke Tawau, sudi-sudikanlah menjenguk kami di sini
Pintu Mahkamah Sentiasa terbuka untuk puan..



Sampai jumpa lagi Puan Puspa 💓😭

No comments:

Post a Comment