Selepas 12 Tahun 2 bulan PERMATA ini ditubuhkan dengan berat hati kami ingin mengumumkan, PERMATA terpaksa dibubarkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan juga perkara ini telahpun mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).
Akan tetapi pembubaran ini bukan setakat bubar begitu saja, perlu ikut prosedur yang betul seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan Fasal 17.1 iaitu "Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya"
dan Fasal 17.3 "Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu"
Oleh yang demikian, pada 25 Oktober 2024, hari Jumaat, jam 2.30 petang, satu Mesyuarat Agung Khas Pembubaran Pertubuhan PERMATA telah diadakan dengan kehadiran seramai 26 daripada 34 ahli Permata di Mahkamah Terbuka Sesyen.
Sambil menunggu kedatangan Ahli Permata untuk mencukupi syarat 3/5 dari ahli permata untuk Pembubaran...
Untuk Mesyuarat Agung Khas kali ini kami juga membuat sesi Cabutan Bertuah untuk Ahli Permata yang telah membuat bayaran penuh yuran bulanan sehingga Disember 2024.
Mesyuarat Agung Khas bermula...
LAPORAN AKTIVITI AJK BIRO PERMATA
AJK Biro Sukan dan Rekreasi - En Megat Zaraid bin Megat Zabidi
kemain panjang berjela watikah dia... ndak pernah ndak lawak en. Megat oittt π
AJK Biro Publisiti dan Penerangan - En Sabturahim bin Rabbahil
AJK Biro Kebajikan dan Keagamaan - Cik Sahara binti Herman
AJK Biro Aset dan Peralatan - En. Bjohn bin Patrick Niu
Laporan Kewangan dan Penyata kira-kira Bendahari PERMATA.
Pn Azmah binti Taha
Tayangan Multimedia antara program-program dan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang sesi 2022/2024. Tayangan ini telah disediakan oleh Presiden PERMATA, Pn Nur Iris Yapp Abdullah...
SESI CABUTAN BERTUAH...
Sebanyak 21 ahli PERMATA yang berjaya melunaskan Yuran Ahli PERMATA sehingga bulan Disember 2024. Antara hadiah yang akan dicabut dan dibawa pulang... π
Ahli PERMATA bersama hadiah bertuah yang dicabut sendiri...
Hadiah Cabutan pertama disampaikan oleh Presiden PERMATA, Pn Nur Iris Yapp Abdullah
Hadiah cabutan kedua disampaikan oleh Timbalan Presiden PERMATA, Tn Don Stiwin
Hadiah Cabutan Ketiga disampaikan oleh Pn Dayang Aidaku Amira...
Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua Ahli PERMATA πππ
kepada Ahli yang masih ada tunggakan diharapkan dapat melunaskan yurannya, Jangan buat-buat lupa pulakkkk. eheee... π
UCAPAN PEMBUBARAN PERTUBUHAN PERMATA OLEH PRESIDEN, PN NUR IRIS YAPP ABDULLAH...
Selesai acara sesi Cabutan Bertuah, Presiden PERMATA, menyampaikan sebab musabab mengapa Pertubuhan PERMATA terpaksa dibubarkan. Dan Mesyuarat ini diadakan Khas untuk Pembubaran tersebut, dengan harapan semoga Pertubuhan dan Komuniti yang baru nanti akan bermula dengan baik dan lebih ke depan dalam menjayakan semua aktiviti dan program-program.
SESI BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA
JAMUAN SANTAPAN PETANG...
Nasi Kuning dan Ikan tuna menjadi hidangan utama...
dan pelbagai kuih muih menjadi pencuci mulut...
Minuman panas sebagai minum petang ..
Dengan Santapan Petang ini, maka berakhirlah sudah Mesyuarat Agung Khas Pembubaran Pertubuhan PERMATA. Semoga pertubuhan dan komuniti yang baru nanti dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang lebih baik. In Shaa Allah...
TERIMA KASIH SEMUANYAAAA... π
Disebalik tabir...
Terima kasih Pn Azmah, Cik Marlina dan Pn Sarinah belanja barang-barang untuk hadiah cabutan bertuah...
AJK Biro Aset dan Peralatan kita dengan memeriksa barang-barang PERMATA...
Katering:
Kuih Muih:
No comments:
Post a Comment