Annual Dinner Untuk Persatuan Rekreasi Sosial dan Kebajikan Mahkamah Tawau (PERMATA)
Dan
Majlis Perpisahan Sempena Persaraan Wajib Untuk
Tuan Rajalingam @ Rajasegaran A/L S. S. Maniam
Tuan Rajalingam @ Rajasegaran A/L S. S. Maniam
Hakim Mahkamah Sesyen Lahad Datu
&
Puan Hajjah Rasinah @ Rajinah Binti Rakimin
Setiausaha Kepada Hakim Mahkamah Tinggi Tawau
Pada
15 Mac 2014
Setiausaha Kepada Hakim Mahkamah Tinggi Tawau
Pada
15 Mac 2014
Pada
15 Mac 2014 telah diadakan Majlis Perpisahan Tuan Rajalingam @
Rajasegaran A/L S. S. Maniam, Hakim Mahkamah Sesyen Lahad Datu dan Puan
Hajjah Rajinah Binti Rakimin, Setiausaha kepada Hakim Mahkamah Tinggi
Tawau di Hotel Promenade Tawau, Sabah. Majlis tersebut diadakan sempena
meraikan Majlis Perpisahan Sempena Persaraan Wajib kedua pegawai
tersebut.
Majlis
telah dimulakan pada jam 7.00 malam, dipengerusikan oleh Puan
Norashikin Binti Mohamad Tahir. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh
Tuan Haji Saidi dari Bahagian Anggota Polis Mahkamah Tawau. Semasa
majlis bacaan doa berkenaan, beliau
turut berkesempatan membacakan doa memohon keselamatan ke atas
petugas-petugas dan penumpang-penumpang pesawat MH370 yang masih belum
ditemui.
Majlis tersebut turut
dihadiri oleh Puan Kamalia dan Tuan Hamdan wakil dari pihak Pendakwaan PDRM Tawau. Wakil dari Sabah Law Association, En Liew Hon Min juga turut hadir di majlis itu. Majlis telah diserikan dengan beberapa
acara termasuk ucapan dari Ketua Pusat Kos, Mahkamah Tawau, Puan Amelati Parnell,
ucapan dari Pengerusi PERMATA, En. Mohd Afendi Bin Hashim dan ucapan dari kedua-dua pegawai yang diraikan. Seterusnya upacara penyampaian cenderahati sebagai kenangan kepada Tuan Rajalingam dan Puan Hajjah Rajinah
Pada majlis tersebut juga turut diadakan acara penyampaian hadiah kepada pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam sukan dalaman (Indoor Games).
Pegawai yang diraikan Tuan Rajalingam sempena Persaraan Wajib pada 11 Mac 2014
12 Mac 1954…….. lahirlah seorang putera, di sebuah rumah yang
indah didiami oleh sebuah keluarga yang bahagia, di Ipoh Perak. Beliau merupakan anak bungsu dari dua
beradik. Putera ini kemudiannya menjadi
seorang pemuda yang bijak yang telah mendapatkan pendidikannya di sekolah
Rendah dan Menengah di Ipoh, Perak.
Dengan berbekalkan ilmu didada, yang diraih beliau hingga ke
Menara Gading di luar negara, beliau kemudian menyertai perkhidmatan awam dan
memberikan perkhidmatan yang terbaik dari Mahkamah Slim River Perak, pada 16
Disember 1976 hingga ke Mahkamah Lahad Datu.
Beliau, tak lain dan tak bukan, ialah Tuan Rajalingam, bekas
Hakim Mahkamah Sesyen Lahad Datu yang telah menamatkan perkhidmatan beliau pada
11 Mac 2014 yang lalu.
Kampung Kionsom Baru Tamparuli yang indah dan permai, Pada 13
Mei 1954, menyambut kelahiran seorang puteri yang comel. Puteri itu kemudiannya
menjadi seorang gadis yang cantik, rajin dan bijak.
Gadis ini kemudian mendapat pendidikan awalnya di Sekolah
Rendah Tamparuli. Kemudian melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah
Tamparuli.
Beliau kemudiannya disunting oleh jejaka idamannya dan mereka
melangsungkan perkahwinan pada 16 November 1978. Sepanjang perkahwinan mereka
selama 36 Tahun, mereka telah dikurniakan 11 orang anak, 6 orang menantu dan 9
orang cucu.
Seorang wanita, ibu dan nenek yang gigih, disamping mendidik
anak-anak, menantu dan cucu-cucu, beliau juga merupakan seorang penjawat awam
yang cemerlang dan berdedikasi disamping menjadi seorang wanita yang peramah,
dermawan dan disenangi oleh semua rakan-rakan sekerja.
Hakim Mahkamah Sesyen Puan Amelati Parnell menyampaikan cenderahati sebagai kenangan kepada Tuan Rajalingam dan Puan Hajjah Rajinah sebagai penghargaan daripada Mahkamah Tawau, Lahad Datu dan Semporna kepada pegawai-pegawai ini diatas komitmen mereka yang tinggi sepanjang penglibatan mereka dalam jabatan ini.
Kepada Tuan Rajalingam dan Puan Hajjah Rajinah, Warga Mahkamah Tawau, Lahad Datu dan Semporna mengucapkan "Selamat Maju Jaya". Jasamu dikenang hingga ke akhir hayat.
Warga Mahkamah Tawau, Lahad Datu dan Semporna mengucapkan selamat bersara dan selamat maju jaya kepada Tuan Rajalingam dan Puan Hajjah Rajinah. Semoga ikatan sebelum ini tidak akan akan putus walaupun telah bersara.
Terima kasih kepada semua kakitangan yang terlibat dalam memberi sokongan dan menjayakan majlis ini. Semoga kita akan terus dapat bekerjasama dalam menjayakan apa jua majlis yang akan diadakan dimasa-masa akan datang.
Puan Norashikin Mohamad Tahir, Pengerusi majlis
Good luck Mahkamah Twu, 7thn brkhdmt di PDRM(mhkmh twu) lots of memories...miss u all....
ReplyDeleteI just got a $50 PSN card code
ReplyDelete