Monday, 3 September 2018

SEJARAH PENUBUHAN MAHKAMAH TAWAU


Mahkamah Tawau telah mula ditubuhkan pada tahun 1955 bertempat di bangunan lama yang terletak berhampiran dengan pejabat Tanah dan Ukur.  Bermula dengan 3 orang kakitangan dan Pegawai Daerah serta Penolong Pegawai Daerah diwartakan sebagai Majistret iaitu Tuan Frederick Chin Pin Fook dan Tuan Paul Kan.  Hanya pada tahun 1971 Majistret Kelas Satu ditempatkan di Mahkamah tersebut.




Pada tahun 1981 mahkamah berpindah ke bangunan baru iaitu yang digunakan sekarang ini.  Banginan ini telah dirasmikan oleh Tuan yang terutama Tun Datuk Hj Mohamad Adnan Robert SMN, SPDK, SPMP, DP, DUPN, Yang Dipertua Negeri Sabah pada masa itu. Hanya Majistret Kelas Pertama sahaja ditempatkan di mahkamah pada masa itu.

Pada tahun 1989, seorang Hakim Mahkamah Tinggi dan seorang Hakim Mahkamah Sesyen telah ditempatkan.  Mereka adalah Y.A. Datuk John Chong Yik Liang dan Tuan Azmi Ahmad.

Bidang kuasa Mahkamah Tawau juga merangkumi Lahad Datu dan Semporna dimana kedua-dua daerah tersebut merupakan mahkamah litar.  Mahkamah Lahad Datu mempunyai bangunan sendiri yang mula beroperasi pada pertengahan tahun 2003.  Namun begitu, tiada majistret ditempatkan di mahkamah tersebut pada ketika itu,  Walau bagaimanapun terdapat kakitangan sokongan iaitu seorang pembantu tadbir dan Jurubahasa Melayu dari Mahkamah Tawau yang ditempatkan di Mahkamah Lahad Datu.  Sehingga pada pertengahan tahun 2010 seorang pegawai kehakiman ditempatkan di Mahkamah Lahad Datu untuk nengendalikan kes-kes dalam bidang kuasa majistret dan sesyen yang melputi daerah Lahad Datu dan Kunak.

Sementara itu, Mahkamah litar Semporna tidak mempunyai bangunan sendiri dan tiada seorang pun kakitangan yang ditempatkan di sana.  Persidangan litar pula diadakan dimPejabat Daerah Semporna sebulan sekali atau bergantung kepada kes yang ada pada ketika itu,  Dan pada tahun 2010, bangunan mahkamah litar Semporna telah siap dibina dan diduduki hingga sekarang.  Persidangan akan berjalan sebanyak dua kali sebulan di Mahkamah Majistret Semporna.

Di Mahkamah Tinggi Tawau terdapat seorang Pesuruhjaya Kehakiman dan seoarang Penolong Kanan Pendaftar serta kakitangan sokongan.  Sementara itu, bagi Mahkamah Rendah pula terdapat seorang Hakim Mahkamah Seseyen dan dua orang Majistret dan seorang Penolong Pendaftar beserta kakitangan sokongan.  Secara keseluruhan terdapat seramai 40 orang kakitangan Mahkamah Tawau yang bertugas.


Bagaimana Mahkamah Majistret Tawau menguruskan kes jenayah pengedaran & penyalahgunaan dadah di Tawau

-      Menerima, mendengar dan membicarakan les pengedaran & penyalahgunaan dadah di Tawau

Apakah factor-faktor kejayaan Mahkamah Majistret dalam menangani kes jenayah pengedaran dan penyalahgunaan dadah

-       Proses hukuman yang dapat menjadikan pesalah insan yang berguna pada masa hadapan.

-      Dapat menyelesaikan sesuatu kes mengikut masa yang ditetapkan.

-      Dari segi hukuman dapat memberi kesedaran kepada orang awam betapa bahayanya dadah jika didapati bersalah / jika disabit.

Apakah jenis hukuman yang akan dikenakan ke atas pesalah jenayah pengedaran & penyalahgunaan dadah.

-      Jika disabit kesalahan, hukuman adalah penjara, denda atau kedua-duanya sekali.

-      Sekiranya melibatkan jumlah dadah yang tinggi hukumannya jika disabit adalah hukuman gantung sampai mati.

Apakah harapan Mahkamah Majistret dalam menangani kes pengedaran & penyalahgunaan dadah di Tawau

-      Harapan agar kes pengedaran dan penyalahgunaan dadah di Tawau dapat dikurangkan.  Ini kerana mengikut ststistik kes dadah ianya melibatkan pesalah yang begitu muda bermula dari umur 15 tahung hingga 60 tahun.

Apakah kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak Mahkamah Majistret

-      Kemudahan dari segi sistem yang sistematic iaitu system CMS (Case Managemnet System).  Kemudahan ini digunakan oleh seluruh peguam dan badan kerajaan seluruh Sabah dan Sarawak .  Ianya adalah untuk memudahkan proses pendaftaran dan pengurusan kes sivil dan jenayah.

-      Mahkamah juga menyediakan persidangan secara video/audio antara Mahkamah di Sabah.

Apakah visi & misi Mahkamah Majistret

-      Untuk melaksanakan pentadbiran dengan adil mengikut kluasa-kuasa kehakiman yang telah diletakkan oleh Perlembagaan, Akta Mahkamah Keadilan 1964, Akata Mahkamah Rendah Sabah (bab29) serta menekihara kebebasan kehakiman dan mentadbir semua undang-undang yang diluluskan oleh badan perundangan mengikut undang-undang.

Adakah  prosedur untuk menguruskan kes pengedaran dan penyalahgunaan dadah memerlukan proses yang rumit?

TIDAK



Bangunan Mahkamah Tawau 






Bangunan Mahkamah Lahad Datu





Bangunan Mahkamah Semporna







No comments:

Post a Comment