Dengan rasa sedih dan dukacita dimaklumkan bahawa Encik Djermias Hermanus, Jurubahasa Gred LA26, Mahkamah Tinggi Tawau, sabah telah meninggal dunia pada 21 Oktober 2024 (Isnin), jam 12.07 pagi. π’
Tiada siapa yang dapat sangka rakan sekerja yang bersama kita minggu lepas, kelihatan sihat-sihat saja, kini beliau telah pergi buat selamanya...
Mendiang En Djermias yang lebih mesra dipanggil bang Jerr atau bg Jerry atau bossku, mula bertugas di Mahkamah Tawau ini pada 05 Mei 1994... Mendiang merupakan seorang senior JB yang sangat berpengalaman, seorang yang baik and very down to earth person...
Pemergian Mendiang sangat memberikan kesan kepada semua Tawau Court Family dan juga yang pernah mengenali mendiang.. π
Min Share kan di sini antara sifat mendiang yang sememangnya diakui oleh semua pegawai dan kakitangan yang mengenali mendiang, sesungguhnya pemegian mendiang ini sangat dirasai...
SALAM TAKZIAH DARI KAMI PIHAK PERMATA KEPADA KELUARGA MENDIANG BG DJERRY, SEMOGA KELUARGA KUAT DAN TABAH ATAS PEMERGIAN INSAN YANG TERSAYANG ..
No comments:
Post a Comment