Monday, 30 September 2024

A DAY IN MALIAU BASIN - THE LOST WORLD OF SABAH BY TCWGE

 Assalamualaikum kepada semua pembaca blog PERMATA... 😍

Pada 28 September 2024 bersamaan hari Sabtu, TAWAU COURT WORKING GROUP ENVIRONMENT (Kumpulan Kerja Alam Sekitar Mahkamah Tawau) telah mengadakan Lawatan Sehari ke Maliau Basin dengan tajuknya, "DISCOVER MALIAU, A DAY IN NATURE'S HEART" di bawah kelolaan Pn Suhailla binti Selag. πŸ’—

Seramai 12 orang termasuk Pegawai dan Kakitangan Mahkamah  serta 3 orang ahli keluarga kakitangan yang turut serta dalam lawatan ke Maliau Basin ini.


Berkumpul di Kompleks Mahkamah Tawau...


Jam  6.30 pagi Kami bergerak dari Kompleks Mahkamah Tawau menuju ke Maliau Basin dengan menaiki 2 kenderaan Jabatan iaitu Van yang dipandu oleh pilot jabatan, En Bjohn dan juga Fortuner yang dipandu oleh En Megat dengan membawa Hakim Mahkamah Sesyen, Tn Ahmad Faizadh.


Lebih kurang jam 7.20 pagi kami singgah sekejap di Petronas Umas-Umas..
Membuang segala hasrat dan juga sarapan sebagai  alas perut sebelum meneruskan perjalanan yang masih panjang...

Terima Kasih Pn Iris buatkan sandwich untuk kami... πŸ˜‹




Aikkk lain matcam pulak bekpes diorang ni tau, makan eskrim pepagii gaessss πŸ˜‚


ohh woww.. en Nawiee minum apa tu??


Bhaaa jom lanjutttkan perjalanannn..


Selamat iba di Destinasi...

Jam 7.28 pagi kami pun tiba di Maliau Basin. 

Tapi.... baru di bahagian luar, infront gate untuk pendaftaran masuk...


Bhaaa palagi jommm kitaa sandarkan pada kenangannn... πŸ˜‚



semua dengan gaya dan pasangan masing-masing...
siannn Tuan Faizadh, teda kawannya... πŸ˜‚
sorry tuannn, tegelakkk πŸ˜‚


Okay!!
 We are ready!!!


Lebih kurang 45 minit perjalanan dari pagar masuk tadi, kami pun tiba di MB Conversation Area...
dan disambut oleh Tn .... dan Ranjer yang on duty, En Rafi.


Tuan yang sempoiiii ✌


Jangan bosan tengok muka-muka kami jak yaa dalam gambar...


Sebab memang kami jak yang adaaa.. πŸ˜‚





Sesi Perkenalan dan Sedikit Taklimat berkenaan aktiviti Adventure Maliau Basin oleh Pn Suhailla, Pengerusi TCWGE bertempat di Maliau Basin Conversation Area...







Antara Aktiviti Kami hari ini dalam hutan iaitu Treasure and hunt alam semula jadi termasuk flora dan fauna seperti yang tertera di dalam petunjuk tu dengan mengambil gambar, bergambar atau digambar... Yang penting... 12 tugasan tu mesti buat, baru lahh ada peluang untuk memenangi hadiah misteriiii...! 😍



Nuuaahhh, masing-masing membaca, apa tugasan yang diberikan... πŸ˜„



Aktiviti kedua... Masing-masing diberikan plastik sampah. Jadi sepanjang jalan masuk ke hutan nanti kalau jumpa sampah terus pungut. Sampah terbanyak juga akan dapat hadiah misteriiiii!
Tapi ada ka jugak sampah dalam hutan yang terjaga ni??? πŸ˜‚


Tugasan ke 3 pula, GAMBAR PEMANDANGAN PALING CANTIK... 
Siapa yang menang, gambar dia akan jadi muka depan buletin untuk event TCWGE πŸ‘πŸ˜

ni gambar min.. agak-agak min ada chance ka untuk menang??? πŸ™ˆ


Brunch...

Selepas sesi penerangan tadi, kami isi perut terlebih dahulu dengan nasi kuning ayam sodapppp. 
Barulahhh bertenaga untuk menyelusuri hutan belantara nanti ...


tqsm Pn Su, belanjaaaa.. πŸ’“

Ambil gambar kenangan bersama sebelum meneruskan aktiviti...



MALIAU NATURE GALLERY

Dari MB Conversation Area tadi kami berjalan kaki menuju Gallery untuk lawatan dan penerangan serba sedikit tentang Maliau Basin...







Sedikit Sebanyak tentang  Maliau Basin

Gambar ihsan google

MALIAU BASIN atau dalam bahasa melayunya LEMBANGAN MALIAU termasuk salah satu "THE LOST WORLD OF SABAH", yang merupakan Hutan Simpan Perlindungan di bawah jagaan Yayasan Sabah dengan jumlah keluasan 588 kilometer persegi.

Maliau ialah hutan hujan murni yang serba lengkap di mana terdapat himpunan 12 jenis hutan yang jarang ditemui meliputi lembangan, terdiri daripada hutan pergunungan rendah, hutan heath dan hutan dipterokarpa tanah rendah ke hutan Konifer Casuarina apabila ketinggian meningkat, tumbuh subur selama berjuta-juta tahun dalam besen berbentuk piring yang dikelilingi pergunungan. 

Dan sekiranya korang masuk lebih jauh lagi ke dalam hutan tebal, korang akan jumpa Air Terjun Maliau 7 Tingkat yang amat menakjubkan dan menjadi tarikan utama kebanyakan lawatan ke Maliau Basin. Akan tetapi Lawatan atau percutian tersebut berbayar ikut pakej... Jadi bagi korang yang Adventure tu boleh laaa ambil pakej bermalam dia.. πŸ™ˆ

++++

Antara Bahan Pameran dan info yang terdapat di dalam Gallery...




 




Jom baca Teka teki ni bersama... 
Dan fikir-fikirkan Spesis apa yang lebih berbahaya di Maliau... Tapi ia juga berpotensi untuk menyelamatkan Kehidupan semulajadi Flora dan Fauna di Maliau??



Selesai melihat dan mendapatkan info berkenaan Maliau di dalam Gallery, Perjalanan adventure kami pun bermulaaa..

Melewati Arca buatan Kawasan Maliau...

Dan pokok kayu ara tertuaa...

Antara tempat yang akan kami lalui sepanjang menyelusuri siring-siring hutan Maliau...



Adventure begin... BISMILLAHHHH... 😍



Antara creatures Haiwan dan Tumbuhan liar yang dijumpa sepanjang 1000m meredah hutan..



Pelbagai Cendawan...




Sarang Anai-anai...



ni taktau rumahh siapaa..

pokok bakau di hutan...

pokok berkembar klcc

Kesan haiwan liar...

tapak kaki payau...


Kesan lumpur gajah...


Lebih kurang 35 minit meredah hutan sepanjang 1000m (1KM) kami di bawah oleh ranjer untuk merentas jambatan gantung pula...





Pemandangan indah dari tengah-tengah jembatan gantung...




Gambar selepas berjaya meredah jembatan gantung dan meredah skybridge...






No comments:

Post a Comment