Monday, 28 October 2024

MESYUARAT AGUNG KHAS PEMBUBARAN PERTUBUHAN PERMATA (25.10.2024)

 Selepas 12 Tahun 2 bulan PERMATA ini ditubuhkan dengan berat hati kami ingin mengumumkan, PERMATA terpaksa dibubarkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan juga perkara ini telahpun mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Akan tetapi pembubaran ini bukan setakat bubar begitu saja, perlu ikut prosedur yang betul seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan Fasal 17.1 iaitu "Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya"

dan Fasal 17.3 "Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu"

Oleh yang demikian, pada 25 Oktober 2024, hari Jumaat, jam 2.30 petang, satu Mesyuarat Agung Khas Pembubaran Pertubuhan PERMATA telah diadakan dengan kehadiran seramai 26 daripada 34 ahli Permata di Mahkamah Terbuka Sesyen.


Tuesday, 22 October 2024

OUR DEEPEST CONDOLENCES TO THE BEREAVED FAMILY OF MR DJERMIAS HERMANUS

 Dengan rasa sedih dan dukacita dimaklumkan bahawa Encik Djermias Hermanus, Jurubahasa Gred LA26, Mahkamah Tinggi Tawau, sabah telah meninggal dunia pada 21 Oktober 2024 (Isnin), jam 12.07 pagi. 😢


"Sesungguhnya dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali"

Tiada siapa yang dapat sangka rakan sekerja yang bersama kita minggu lepas, kelihatan sihat-sihat saja, kini beliau telah pergi buat selamanya...

Monday, 30 September 2024

A DAY IN MALIAU BASIN - THE LOST WORLD OF SABAH BY TCWGE

 Assalamualaikum kepada semua pembaca blog PERMATA... 😍

Pada 28 September 2024 bersamaan hari Sabtu, TAWAU COURT WORKING GROUP ENVIRONMENT (Kumpulan Kerja Alam Sekitar Mahkamah Tawau) telah mengadakan Lawatan Sehari ke Maliau Basin dengan tajuknya, "DISCOVER MALIAU, A DAY IN NATURE'S HEART" di bawah kelolaan Pn Suhailla binti Selag. 💗

Seramai 12 orang termasuk Pegawai dan Kakitangan Mahkamah  serta 3 orang ahli keluarga kakitangan yang turut serta dalam lawatan ke Maliau Basin ini.

Wednesday, 18 September 2024

KEJOHANAN SUKAN BORNEO MAHKAMAH KE-5 TAHUN 2024 DI KUCHING, SARAWAK (17 - 21 SEPTEMBER 2024)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanyaaa..😍

Bulan berganti bulan, minggu berganti minggu, dan hari pun berganti hari ...
pejam celik hari yang dinantikan telah pun tiba...

Kalau Bulan MEI yang lepas SUKAN 3 PENJURU MAHKAMAH NEGERI SABAH..
kali ni Mahkamah-Mahkamah seluruh Sabah bergabung untuk membawa nama Negeri Sabah dalam KEJOHANAN SUKAN BORNEO MAHKAMAH YANG KE-5 TAHUN 2024 DI KUCHING, SARAWAK




Sayangnya min ndak dapat join Sukan Borneo kali ini... Tapi tidak apa, kita tetap bagi sokongan dan juga semangat padu kepada semua Team Mahkamah Tawau dan Mahkamah Sabah yang lain untuk bertanding dalam Sukan Borneo yang ke-5! 💪

 ONE TEAM ONE DREAM!!! 👏
 SEMANGATTT!! 👏

Jom Follow berita dan cerita min sampai kontinjen Mahkamah Tawau bergerak balik ke sarang.. 
eheeee 🙊

Tuesday, 17 September 2024

MAJLIS PERPISAHAN DAN PERTUKARAN PENOLONG PENDAFTAR, PUAN PUSPAWATI BINTI SANGUT

Min rasa berita pertukaran kali ini sangat-sangat mengejutkan semua orang terutamanya kepada Pn Puspa sendiri. Yang mana pada saat TO tersebut keluar, kami berada di KK untuk menghadiri Kursus Pengurusan Bailif pada 6/9/2024.

Dan TO tersebut berkuatkuasa serta merta pada 9/9/2024 iaitu pertukaran antara Mahkamah Tawau dan Sandakan. Suasana yang suram sangat terasa walaupun kami menghadiri kursus dan berjalan cuci mata selepas berkursus. Apapun, kenangan yang indah bersama Puan tidak akan kami semua lupakan, terima kasih puan kami. 💓

Disebabkan Short Notice yang tiba-tiba dan juga kekangan masa dan jadual yang padat, satu majlis Perpisahan sempena pertukaran Puan Puspa diadakan pada 8/9/2024 bersamaan hari Ahad.


Monday, 26 August 2024

PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN MAHKAMAH TAWAU DI KOMPLEKS MAHKAMAH TAWAU


Program yang merupakan julung kalinya diadakan pada 24 Ogos 2024 bersamaan Hari Sabtu dari jam 8 pagi sehingga 5 petang di Kompleks Mahkamah Tawau.

Program ini berkolaborasi bersama Tawau Court Working Group of Environment (TCWGE) dan juga bersama 9 jabatan dan agensi, iaitu:

1. Jabatan Kesihatan Kabota, Tawau

2. Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Bandar Tawau

3. Jabatan Farmasi, Hospital Tawau

4.  MEKAR - Jabatan Pendaftaran Negara, Sabah

5. Jabatan Penjara Malaysia, Tawau

6. Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Tawau

7.  Agensi Anti-Dadah Kebangsaan Malaysia

8. Jabatan Perhutanan Sabah

9. Jabatan Hidupan Liar Sabah


Thursday, 15 August 2024

MAJLIS SEKALUNG BUDI, SEJAMBAK KENANGAN: SEMPENA PERPISAHAN DAN PERTUKARAN TUAN ROSLI BIN AHMAD, KETUA PUSAT KOS MAHKAMAH TAWAU

Selepas 1 Tahun 6 bulan lebih kurang, beliau berkhidmat di Mahkamah Tawau sebagai Hakim Mahkamah Sesyen merangkap Ketua Pusat Kos Mahkamah Tawau, Tn Rosli bin Ahmad kini meneruskan lagi khidmat beliau di Mahkamah Kuala Lumpur.

TAHNIAH Tuan Rosli atas kenaikan pangkat Tuan... 👏



Friday, 7 June 2024

SUKAN 3 PENJURU MAHKAMAH NEGERI SABAH PADA 22 - 25 MEI 2024 DI MAHKAMAH KENINGAU, SABAH



Assalamualaikum kepada semua terutamanya warga Mahkamah Tawau di masa depan 😍

Selepas 2 tahun, kini Mahkamah-Mahkamah Negeri Sabah kembali lagi dengan Sukan 3 Penjuru antara  Mahkamah Tawau (PERMATA), Mahkamah Kota Kinabalu (KERMAN) dan Mahkamah Sandakan (SUKMAS) yang diadakan 2 tahun sekali...

Kalau 2 tahun lepas (Tahun 2022) Mahkamah Sandakan sebagai Tuan Rumah, Sukan 3 Penjuru kali ini Mahkamah Kota Kinabalu pula menjadi Tuan Rumah yang diadakan di Mahkamah Keningau...

Tuesday, 14 May 2024

MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA PERSARAAN, SETIAUSAHA YA HAKIM MAHKAMAH TINGGI, CIK PUAN MINIS TOIDIS @ MARCELLA

 

Dalam setiap Jabatan Sudah menjadi lumrah setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
Berpisah sama ada bersara, berpindah atau berpisah selamanya di dunia..

Adapun Majlis kita kali ini, Kelab Permata bersama YA Hakim Mahkamah Tinggi, Pegawai-pegawai dan Kakitangan Mahkamah Tawau meraikan Persaraan Setiausaha Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi, Cik Puan Minis Toidis @ Marcella yang juga merupakan ahli Kelab Permata Tawau. Beliau telah mengambil pencen awal 55 tahun. 

Kak Marcella mula berkhidmat dalam Jabatan pada Tahun 1992 sehingga April 2024 dan berkhidmat di Mahkamah Tawau dari Tahun 2018 dengan menjaga YA Hakim yang silih berganti, dari YA Dr Hj Alwi bin Hj Abd Wahab, YA Datuk Lim Hock Leng sehingga kini YA Datuk Duncan Sikodol.

Monday, 13 May 2024

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA 2024M I 1445H @ MAHKAMAH TAWAU - 10 Mei 2024

BAJU BARU WARNA WARNI
KEGEMBIRAAN JELAS TERPANCAR DARI HATI
MARI KITA MERAYAKAN AIDILFITRI
MOGA SILATURRAHIM TERJALIN KEMBALI


Alhamdulillah, bersua lagi kita di tahun 2024 ini bersama merayakan Hari Raya Aidilfitri . . .

Walaupun setiap tahun wajah-wajah Pegawai dan Kakitangan silih berganti, ada yang lama dan ada yang baru tapi kita tetap meraikan Hari Raya bersama dengan penuh kesyukuran, tak kira pangkat, bangsa dan agama.

Untuk mengenang kembali raya lalu boleh tekan sini HARI RAYA 2023 💗