Thursday, 4 October 2012

TENTANG PERMATA





Persatuan Rekreasi, Sosial dan Kebajikan Mahkamah Tawau telah ditubuhkan pada 13 Julai, 2012. Kini sudah genap 2 bulan menjadi sebuah pertubuhan di bawah Seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftarannya PPM-005-12-13072012. Ahli Kelab terdiri daripada Kakitangan Pengurusan Profesional, Sokongan dan Pekerja Am Rendah seramai 60 orang Ahli Kelab. Keahlian adalah terbuka kepada semua kakitangan Mahkamah Tawau dan ahli-ahli bersekutu iaitu ahli keluarga pegawai dan kakitangan Mahkamah Tawau dan juga kakitangan firma guaman.
Tujuan asal penubuhan Kelab ini adalah untuk:
  1. Menjaga kepentingan dan kebajikan bersama dikalangan ahli-ahli,
  2. Memupuk serta mengeratkan semangat silaturahim antara semua ahli
  3. Mengadakan kegiatan-kegiatan yang boleh membantu dalam mengujudkan semangat berkerjasama sebagai satu pasukan atau kumpulan kearah kemakmuran bangsa dan negara,
  4. Mengadakan serta mengalakkan kegiatan-kegiatan kebajikan, ekonomi dan sosial yang difikirkan berfaedah kepada ahli-ahli dan masyarakat, dan
  5. Menjalankan kegiatan-kegiatan ekonomi seperti pertandingan acara sukan, pertandingan memancing untuk menambahkan tabung Kelab selaras dengan tujuan dan matlamat sebenar Kelab.
JAWATAN KUASA PERSATUAN REKREASI, SOSIAL DAN KEBAJIKAN MAHKAMAH TAWAU 2012

Penaung : Datuk Douglas Primus Sikayun
Penasihat: Puan Egusra bt Ali
Pengerusi : En.Mohd Affendi bin Hashim
Naib Pengerusi: Edward Paul
Setiausaha: Puan Tija Kuba
Bendahari: Puan Ferhanshah Farene bt Mohd Ferdaus



No comments:

Post a Comment