Wednesday, 3 October 2012

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI MAHKAMAH TAWAU


Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1434H telah diadakan pada 13 September 2012, oleh Pejabat Mahkamah Tawau. Majlis tersebut dijayakan dengan usaha sama kesemua pegawai dan kakitangan Mahkamah Tawau dengan hasil sumbangan daripada setiap pegawai dan kakitangan Jabatan ini. Majlis tersebut dimeriahkan dengan kahadiran para tetamu dari firma guaman yang sentiasa berurusan dengan Jabatan ini, terutamanya dari agensi penguatkuasaan undang-undang, seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen.

Majlis yang bermula pada jam 12:00 pagi itu telah dirasmikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Puan Egusra Ali. Antara hidangan yang disediakan pada majlis tersebut ialah biskut raya tradisional dan moden, juadah   seperti satay, nasi impit, buras, kari ayam, rendang daging dan bermacam-macam lagi juadah yang enak sehingga menjilat jari! Pada majlis tersebut juga Sup Daging Banjar yang disediakan oleh rakan kami dari Jabatan Imigresen, iaitu En. Malik juga turut mendapat sambutan ramai. Kesemua hidangan yang disediakan merupakan masakan yang dimasak oleh warga Mahkamah Tawau sendiri. HMS telah menyatakan perasaan syukur dan bangga atas kemeriahan sambutan tersebut serta kerjasama yang diberikan, khususnya daripada warga Mahkamah bagi menjayakan majlis tersebut.

Warna tema pada majlis tersebut adalah MERAH JAMBU!!!! Tidak hairan.....semua yang hadir kelihatan JAMBU!





                         En.Malik dari Jabatan Imigresen Tawau dengan sup tulang Banjar beliau















No comments:

Post a Comment