Selepas 12 Tahun 2 bulan PERMATA ini ditubuhkan dengan berat hati kami ingin mengumumkan, PERMATA terpaksa dibubarkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan juga perkara ini telahpun mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).
Akan tetapi pembubaran ini bukan setakat bubar begitu saja, perlu ikut prosedur yang betul seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan Fasal 17.1 iaitu "Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya"
dan Fasal 17.3 "Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu"
Oleh yang demikian, pada 25 Oktober 2024, hari Jumaat, jam 2.30 petang, satu Mesyuarat Agung Khas Pembubaran Pertubuhan PERMATA telah diadakan dengan kehadiran seramai 26 daripada 34 ahli Permata di Mahkamah Terbuka Sesyen.