Menyusun pantun menggunakan rima
Rima dibuat mejadi kisah
Suka duka kita jalin bersama
Takdir berpisah tak dapat dicegah...
Alhamdulillah, lebih 3 tahun TN DZUL ELMY YUNUS berkhidmat sebagai Majistret di Mahkamah Tawau sejak tahun 2020 di masa Pandemik sedang melanda dunia, beliau berpisah jauh dari keluarga tercinta demi menggalas tanggungjawab. Akhirnya tahun 2023 rezeki beliau dapat bersatu kembali bersama keluarga dan berkhidmat sebagai Pegawai Khas YAA Hakim Besar Sabah Sarawak, Yang Amat Arif Dato' Abdul Rahman bin Sebli di Mahkamah Kota Kinabalu...
Semasa Farewell ini diadakan beliau kebetulan ada pendengaran kes di Mahkamah Tawau. Oleh yang demikian, Pegawai bersama kakitangan mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis perpisahan dan minum petang bersama Tn Dzul Elmy sebagai kenangan bersama...
Penyampaian cenderakenangan untuk Tn Dzul Elmy...
Gambar Kenangan Tn Dzul bersama Pegawai dan Kakitangan Mahkamah Tawau...
Jamuan Ringan minum petang...
Terima kasih kepada Tn Dzul...
Sampai Jumpa di waktu mendatang,
Semoga terus maju jaya di tempat yang baru...
In Shaa Allah... 😊
No comments:
Post a Comment