Majlis Makan Malam Sempena lawatan rasmi Hakim Besar Sabah dan Sarawak bersama Pegawai dan Staff-Staff Mahkamah Tawau telah diadakan dengan tema "Santai Macam Di Pantai"...
Venue: Perkarangan Mahkamah Tawau
Tarikh: 19hb Oktober 2022 (Rabu)
Masa: 7.30 pm - 9.30 pm
Mengambil kenangan bersama Puan Egusra binti Ali, Pengarah Mahkamah Sabah sementara menanti ketibaan YAA Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar bin Abang Hashim. |
PERSIAPAN SEBELUM MAJLIS MAKAN MALAM
18.10.2022 - Pemasangan Kanopi dan Meja dari Kak Nong Katering
Dari siang sampai ke malam...
Dan malam berlalu dengan hujan lebat berharap ada sinar mentari keesokan hari... |
19.10.2022 - Persiapan sebelum acara di petang hari
Artis Mahkamah test suara duluuuu... |
Pasang sendiri meja bulat sebab orang katering tersangkut dalam jammed di sebabkan hujan tak berhenti turun... 👏👏👏
Plan B dibuat seandainya hujan tidak mengizinkan majlis berjalan dengan lancar di luar...
Bunga Hidup menemani dan menghidupkan suasana hati yang kerisauan...
MEJA VVIP
Mendung Awan kelabu... masih berharap dan husnudzon, Allah maha baik, melancarkan majlis kami malam ini...
Alhamdulillah, tanpa di sedari hujan pun berlalu pergi...
Sementara menunggu Ketibaan para tetamu VIP dan VVIP...
Dayang-dayang Hawaian berbaris untuk menunggu ketibaan Tetamu VVIP, YAA Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar bin Abang Hashim, Hakim Besar Sabah dan Sarawak ke Mahkamah Tawau...
Majlis Bermula...
Bacaan Doa oleh En Ibni bin Misran... |
Ucapan aluan oleh Tuan Awang Kerisnada bin Awang Mahmud, HMS merangkap ketua Pusat Kos Mahkamah Tawau |
MENJAMU SELERA...
Kambing Bakar Golek sebagai Hidangan Utama majlis menambah selera para tetamu, pegawai-pegawai dan juga staff pada malam itu...
tudiaaaaa... Golek cik Sarah jangan tak golek... |
Sambil menjamu selera, para tetamu dan staff di hiburkan dengan nyanyian artis-artis mahkamah bersuara emas... 😍
Ziana Zain Mahkamah, Cik Sarah... |
Anuar Zain import dari Mahkamah KK, Tuan Aizuddin... |
JEJAKA TRIO dengan lagunya "Seperti Mati Lampu" |
Penampilan dari Team High Court di bawah kelolaan Pn Suhailla binti Selag 😊
dengan lagu " Bekikis Bulu Betis"
Penampilan Solo dari Tuan Awang Kerisnada...
Tidak lupa persembahan rutin setiap acara di sabah, Tarian Poco-poco....
KATERING MAJLIS...
Majlis Makan Malam ini sepenuhnya dari KAK NONG KANTERING yang bertempat di Batu 5, Jalan Apas...
Dan Paling manang malam tu... 😂
En Ibni dan En Bjohn mengenakan baju yang sama
Majlis berakhir...
Ambil kenangan bersama YA Dr Lim Hock Leng dan Tuan Awang Kerisnada selepas Tetamu VVIP
berangkat meninggalkan majlis...
Alhamdulillah... Terima kasih kepada semua pegawai dan Staff Mahkamah telah memberikan kerjasama untuk menjayakan dan melancarkan majlis. Sporting Abessss!
👍👍👍
No comments:
Post a Comment