Monday, 28 October 2024

MESYUARAT AGUNG KHAS PEMBUBARAN PERTUBUHAN PERMATA (25.10.2024)

 Selepas 12 Tahun 2 bulan PERMATA ini ditubuhkan dengan berat hati kami ingin mengumumkan, PERMATA terpaksa dibubarkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan juga perkara ini telahpun mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Akan tetapi pembubaran ini bukan setakat bubar begitu saja, perlu ikut prosedur yang betul seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan Fasal 17.1 iaitu "Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya"

dan Fasal 17.3 "Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu"

Oleh yang demikian, pada 25 Oktober 2024, hari Jumaat, jam 2.30 petang, satu Mesyuarat Agung Khas Pembubaran Pertubuhan PERMATA telah diadakan dengan kehadiran seramai 26 daripada 34 ahli Permata di Mahkamah Terbuka Sesyen.


Tuesday, 22 October 2024

OUR DEEPEST CONDOLENCES TO THE BEREAVED FAMILY OF MR DJERMIAS HERMANUS

 Dengan rasa sedih dan dukacita dimaklumkan bahawa Encik Djermias Hermanus, Jurubahasa Gred LA26, Mahkamah Tinggi Tawau, sabah telah meninggal dunia pada 21 Oktober 2024 (Isnin), jam 12.07 pagi. 😢


"Sesungguhnya dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali"

Tiada siapa yang dapat sangka rakan sekerja yang bersama kita minggu lepas, kelihatan sihat-sihat saja, kini beliau telah pergi buat selamanya...