Sunday, 16 September 2018

SAYANGI MALAYSIAKU - HARI MALAYSIA 2018

SELAMAT HARI MALAYSIA

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah MelayuSabahSarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Sabah dipilih sebagai tuan rumah bagi sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2018 yang diadakan pada 16 September 2018. 

Perbarisan sempena Hari Malaysia di Tawau diadakan pada 15 September 2018 bermula dari Jalan Persisiran ke Perkarangan Majlis Perbandaran Tawau.

Pegawai dan kakitangan Mahkamah Tawau turut mengambil bahagian dalam perbarisan tersebut.




Kumpulan daripada pegawai dan Kakitangan Mahkamah Tawau


Monday, 3 September 2018

SEJARAH PENUBUHAN MAHKAMAH TAWAU


Mahkamah Tawau telah mula ditubuhkan pada tahun 1955 bertempat di bangunan lama yang terletak berhampiran dengan pejabat Tanah dan Ukur.  Bermula dengan 3 orang kakitangan dan Pegawai Daerah serta Penolong Pegawai Daerah diwartakan sebagai Majistret iaitu Tuan Frederick Chin Pin Fook dan Tuan Paul Kan.  Hanya pada tahun 1971 Majistret Kelas Satu ditempatkan di Mahkamah tersebut.