Thursday, 10 August 2017

SAMBUTAN AIDIL FITRI 2017 MAHKAMAH TAWAU

1 HEART 1 TREE MAHKAMAH TAWAU

1 Heart 1 Tree

Jumlah pokok terbaru






TAWAU: Sebanyak 1,408 pokok telah ditanam sekitar perbandaran Tawau sempena Kempen ‘1 Heart, 1 Tree’ yang dilancarkan di sini, kelmarin.
Pelancaran disempurnakan bersama oleh Hakim Mahkamah Sesyen Indra Hj Ayub dan Presiden Majlis Perbandaran Tawau Alijus Sipil.
Program itu diadakan bersempena Kempen Penanaman 1 Juta Pokok seluruh Sabah yang telah bermula awal tahun ini.
Menurut Indra program itu diharap akan dapat memberi kesedaran kepada seluruh lapisan masyarakat untuk menyokong program berkenaan sebagai langkah memelihara pesekitaran hijau di daerah ini dan negeri ini amnya.
Sementara itu, Alijus berharap program itu akan mencapai sasarannya untuk penanaman 1 juta pokok di seluruh Sabah.
“MPT menyokong penuh usaha seperti ini kerana ia amat penting dalam usaha kita memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pemeliharaan alam sekitar,” katanya.
Katanya orang ramai sebenarnya boleh terlibat sama dengan memaklumkan jumlah pokok yang ditanam untuk di masukkan ke dalam statistik MPT.
Sehingga kini bagi seluruh Sabah, sebanyak 836,379 pokok telah ditanam dan usaha ke arah itu masih berterusan untuk mencapai sasaran 1 juta pokok.




Program 1Heart1Tree di Tawau meriah dengan lawatan rasmi YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum; Hakim Besar Sabah Sarawak ke Mahkamah Tawau pada 4-5 Ogos 2017.
=======================
Tarikh : 4.8.2017
Program 1Heart1Tree Tawau.
Jumlah pokok program 1Heart1Tree di mahkamah tawau pada 4.8.2017 : 43191
Baki terkini: 78, 378 pokok
Jumlah pokok yang telah ditanam di Sabah : 921622
Jenis Pokok :
mangga 1, durian belanda 3, limau 6 (di Mahkamah tawau)
MPT - (di taman awam muhibah. )Spider Lily-40 dan sansevieria trifasciata - 60
Jbtn Perhutanan : ornamental - 1756
Batai- 4000
Ketapang- 5000
Bakau-5000
Indigenous - 27325
Tahniah Mahkamah Tawau dan terima kasih atas sokongan dari majlis Perbandaran Tawau, Jabatan Perhutanan, Jabatan Pertanian. Terima kasih juga untuk RTM Tawau dan Pewarta yang hadir menyokong dan memberikan publisiti.
Dalam program tersebut Tuan Mukran Pegawai Perhutanan Wilayah Tawau menyerahkan data jumlah dan jenis pokok yg telah ditanam di sekitar Tawau Semporna Kunak May - Julai 2017 sebanyak 43018 pokok.
MPT diwakili oleh Timbalan Presiden Tuan Aftar Nurajat. Sejumlah 110 pokok ditanam di sekitar Tawau termasuk 10 pokok di dalam kawasan Mahkamah Tawau pada 4.8.2017.