Friday, 9 November 2012

LARIAN MAHKAMAH TAWAU 2012




Larian Mahkamah Tawau yang akan diadakan pada 08 Disember, 2012 adalah bertujuan untuk mengutip dana sempena Tahun Perundangan yang akan diadakan di Tawau, Sabah pada 17 dan 18 Januari, 2013. Orang ramai dipelawa menyertai Larian Mahkamah 2012 pada 08 Disember ini.

Acara ini bertujuan untuk:
         Mengumpul dana untuk menjayakan program Tahun Perundangan 2013
         Memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat Tawau
         Memberi peluang kepada lebih ramai masyarakat menyertai acara larian rekreasi
         Memupuk integrasi kaum menerusi sukan
         Merapatkan hubungan antara ahli keluarga menerusi penyertaan dalam acara

PERMATA mensasarkan 300 penyertaan dalam acara ini. Penyertaan Larian Mahkamah 2012 dibuka kepada semua wargan Tawau yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Larian Mahkamah 2012 ini melibatkan larian sejauh lima kilometer bagi kategori lelaki dan wanita yang dipertandingkan. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM20.00.

Acara pelepasan peserta akan dilakukan oleh Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Datuk Ismail Mayakob pada jam 6 pagi.

Johan Larian Mahkamah 2012 bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM300.00, naib johan pula mendapat wang tunai RM200.00 dan pemenang tempat ketiga akan mendapat wang tunai RM100.00 l dan tempat keempat hingga tempat kelapan mendapat hadiah saguhati berupa hamper yang bernilai RM50.00. Semua peserta akan mendapat sijil penyertaan.

Borang penyertaan boleh didapati di Pejabat Mahkamah Tawau atau hubungi talian 089-772413, 778254 dan 764401.

Tarih akhir menghantar borang penyertaan ialah selewat-lewatnya pada 8 Disember, 2012 dan pendaftaran peserta akan dilakukan pada pagi 08 Disember, 2012 di Perkarangan Mahkamah Tawau pada jam 6.00 pagi dan mendapatkan nombor larian peserta.



Derma ikhlas dari orang perseorangan, berkumpulan,  NGO , jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat swasta amatlah diharapkan bagi menjayakan jogathon ini.

.

LOGO PERMATA

 LOGO PERSATUAN REKREASI, 
SOSIAL DAN KEBAJIKAN
MAHKAMAH TAWAU (PERMATA)